Home Antarabangsa Trump tandatangani larangan perjalanan baharu, benarkan kemasukan rakyat Iraq

Trump tandatangani larangan perjalanan baharu, benarkan kemasukan rakyat Iraq

SHARE
PRESIDEN Donald Trump semalam, menandatangani larangan perjalanan yang disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam, menarik semula arahan dengan mengecualikan rakyat Iraq dan penduduk tetap Amerika Syarikat. - Foto Independent

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam, menandatangani larangan perjalanan yang disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam, menarik semula arahan dengan mengecualikan rakyat Iraq dan penduduk tetap Amerika Syarikat.

Selepas sekatan kontroversi beliau dihalang beberapa mahkamah persekutuan, Trump menandatangani arahan membekukan visa baharu kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan.

Rumah Putih berkata, Trump menandatangani arahan itu secara tertutup pagi semalam. Langkah itu dijangka berkuat kuasa 16 Mac ini.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson, menyifatkan arahan eksekutif itu langkah penting untuk mengukuhkan keselamatan negara.

Peguam Negara, Jeff Sessions, dalam sidang media bersama itu menambah, ia memberikan mereka ruang untuk menilai semula bagaimana untuk menyaring rakyat yang datang dari negara yang membimbangkan ini.

“Tiga daripada negara itu menyokong keganasan,” kata Sessions, merujuk kepada Iran, Sudan dan Syria, sambil menambah yang lain pula menjadi syurga kepada operasi keganasan.

Versi pertama arahan itu ialah menutup sementara sempadan AS kepada semua pelarian dan penduduk tujuh negara majoriti Islam.

Jabatan Negara pada mulanya membatalkan 60,000 visa dan ratusan orang dilaporkan ditahan di lapangan terbang AS.

Arahan baharu itu mengecualikan rakyat Iraq, penduduk tetap dan pemegang visa sah. – AFP

Berita Harian

Comments