Home Antarabangsa Trump ‘bakal diktator’ yang akan gagal – Soros

Trump ‘bakal diktator’ yang akan gagal – Soros

SHARE

DAVOS: Hartawan George Soros, semalam memberikan ‘penilaian pedas’ terhadap bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan menyifatkan beliau sebagai ‘bakal diktator’ yang akan gagal.

Menjelang majlis angkat sumpah Trump di Washington, Soros berkata, bakal presiden itu ‘bersiap sedia melancarkan perang perdagangan’ yang akan memberi kesan kepada Eropah dan beberapa bahagian lain di dunia.

“Bakal diktator itu, tidak menjangka beliau akan menang, beliau terkejut. Saya secara peribadi yakin beliau akan gagal kerana ideanya bercanggah dengan diri sendiri,” kata pakar kewangan kelahiran Hungary itu kepada pemimpin perniagaan dan wartawan di hotel di Davos ketika Forum Ekonomi Dunia diadakan.

Soros ialah penyokong kuat pencabar Trump daripada Demokrat pada pemilihan presiden tahun lalu, Hillary Clinton. – AFP

Berita Harian

Comments