Home Tempatan Tolong Jangan Memperbodohkan Rakyat! – Cynthia Gabriel

Tolong Jangan Memperbodohkan Rakyat! – Cynthia Gabriel

SHARE

“Ini sedikit sebanyak satu lawak jenaka…” demikian komen Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel. Komentar dibuat beliau melalui laman sosial twitter berkenaan isu Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya sekadar memaparkan pendapatan bulanan menteri-menteri kabinet dan bukan maklumat terperinci pendapatan, saham dan lain-lain harta milik mereka.

Menurut Cynthia lagi, deklarasi aset sepatutnya bukan hanya sekadar pendapatan dan bukan hanya sekadar memaparkan perolehan pendapatan dalam tempoh dua ke tiga bulan. Ia seharusnya memaparkan keseluruhan pengisytiharan saham, harta benda, akaun bank dan lain-lain milik semua menteri kabinet dan anggota pentadbiran mereka.

Beliau yang pernah diberikan Democracy Award oleh National Endowment For Democracy pada 2017, turut menempelak tindakan pihak berkenaan yang dilihat cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Tolong jangan memperbodohkan rakyat! Kami mengundi masuk rejim yang baru untuk sesuatu yang lebih!”

 

Isu deklarasi aset para menteri kabinet mendapat perhatian umum baru-baru ini disebabkan oleh laman Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuma sekadar memaparkan pendapatan bulanan para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Senarai aset, saham dan harta lain tidak dipaparkan. Semakan ke atas laman tersebut sehingga hari ini (14 November 2018) masih belum menunjukkan perubahan kepada paparan tersebut dibuat.

Nota yang dimuatkan di dalam portal tersebut menyatakan maklumat terperinci berkaitan dengan pemilikan harta akan dipaparkan apabila masalah teknikal diselesaikan.

Comments