Home Tempatan Tolak Syaitan Pengikut Agama Arab, Ikut Islam Sebenar – Siti Kasim

Tolak Syaitan Pengikut Agama Arab, Ikut Islam Sebenar – Siti Kasim

SHARE

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang menyokong hukuman sebat terhadap pesalah Syariah di khalayak ramai adalah penyokong agama Arab dan orang-orang PAS adalah syaitan, dakwa Siti Kasim.

Berang dengan umat Islam Malaysia yang mengimpikan agar perundangan Syariah diperkasakan di negara ini, Siti Kasim menyindir, “Bergembiralah! Bergembiralah! Anda Penyokong Agama Arab! Impian anda akan menjadi kenyataan!”

“Jatuhkan orang-orang PAS atau kita akan menderita di tangan-tangan syaitan-syaitan ini yang berpura-pura konon menegakkan Islam. Mereka gagal memahami Fiqh Awlawiyyat, atau kaedah hukum dalam menentukan mana yang lebih utama bagi membuat keputusan,” tambahnya lagi.

Sedar akan kebangkitan majoriti umat Islam dalam negara yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah, Siti Kasim sebelum ini telah menyeru masyarakat bukan Islam agar membiak dengan lebih ramai supaya dapat bangkit berjuang bersama-sama dengannya menentang kehendak umat Islam.

Siti Kasim ketika itu, merayu masyarakat bukan Islam di dalam sebuah gereja, “Menurut bancian, terdapat 68% orang Islam. Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dengan Melayu yang seperti saya. Kita ada ramai.”

Keberanian Siti Kasim menggelarkan agama Islam yang diamalkan di Malaysia dengan pelbagai panggilan yang tidak enak ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan beliau sendiri sebelum ini pernah mengumumkan di depan khalayak ramai bahawa beliau mempunyai Islam versi tersendiri, dan tidak berpegang kepada Islam yang diamalkan di negara ini.

Beliau pernah dilaporkan berkata, “Saya ada Islam versi saya sendiri yang lebih penyayang dan mengasihani daripada apa yang awak sedang tayangkan kepada dunia. Tetapi tidak mengapa. Adakah anda bersetuju jika orang Melayu seperti saya yang tidak percaya kepada Islam versi awak dibenarkan untuk meninggalkan Islam versi awak dan tidak menarik kami sekali ke dalamnya?”

Comments