Home Tempatan Farouk Peru Tuduh Hadi Awang Buta Al Quran & Perlu Ditolak

Farouk Peru Tuduh Hadi Awang Buta Al Quran & Perlu Ditolak

SHARE

Putrajaya: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS adalah “ulamak penipu yang buta al-Quran” yang menjual agama demi kuasa dan Allahyarham Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya “mengeluarkan hukum hakam yang dangkal”, tuduh Farouk A Peru, penulis kontroversi yang pernah mendesak agar solat Jumaat diubah pada hari Sabtu.

Farouk A Peru mengemukakan tuduhan sedemikian dalam artikelnya yang berjudul “Farouk A Peru: Hadi Awang ia lah Ulamak Yang Buta Al-Quran” yang disiarkan oleh sebuah laman blog baru-baru ini.

“Dulu Nik Aziz, walaupun mengeluarkan hukum hakam yang dangkal, sekurang-kurangnya menjaga intergriti dan maruah parti. Sekarang pula, Hadi Awang telah menjual partinya kepada UMNO setelah mengkafirkan mereka selama 30 tahun!” bentak Farouk A Peru.

Beliau turut membuat kesimpulan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang berasa marah terhadap DAP kerana pentadbiran parti tersebut telah berjaya memakmurkan negeri Pulau Pinang sedangkan pentadbiran PAS hanya berjaya meningkatkan kadar pelacuran dan penyalahgunaan dadah sahaja.

Jelas Farouk A Peru, “Hadi memang marah kepada DAP kerana mereka telah berjaya memajukan Pulau Pinang, bukan seperti pentadbiran Pas yang hanya dapat menaikkan tahap penggunaan dadah and pelacuran sahaja (itu pun Nik Abduh menuduh negara Thai kerana harga produk mereka murah dan pemuda Kelantan terpaksa mengikut hawa nafsu!)”

Beliau juga mendesak agar masyarakat Melayu-Islam agar tidak lagi menyokong parti PAS, yang menurutnya adalah sebuah “parti penipu”.

Farouk A Peru berkata, “Kesimpulan – sudahlah Melayu Islam dimainkan oleh Pas. Buang saja parti penipu ini ke laut. Parti Angkat Sendiri (PAS).”

Artikel tersebut juga disertakan dengan gambar Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang dengan sebuah tulisan tertera atasnya yang berbunyi:

“Memang Tuhang dah firmang yang kita kena cakap yang baik-baik tapi saya ni kan ulamak. Saya boleh buat hukum sendiri mengikut hawa nafsu saya. Kalau kamu tolak juga, kamu jadi kapir laknat!”

Comments