Home Tempatan Tol percuma MEX sempena Aidilfitri

Tol percuma MEX sempena Aidilfitri

SHARE

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Bersempena sambutan Aidilfitri, Maju Expresway Sdn Bhd (MEX) mengambil kesempatan memberi laluan tol percuma kepada semua pengguna Lebuhraya MEX.

Dalam satu kenyataan hari ini, MEX berkata, tol percuma itu bakal dinikmati oleh lebih 86,000 kenderaan semua kelas bermula bermula 12 pagi sehingga 11.59 malam pada 25 Jun ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafik menerusi twitter di @MEXTraffic, Facebook – MEX Traffic atau di Hotline MEX di 03-83159111.

Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) pula menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus untuk pembayaran tol secara elektronik pada 19 hingga 21 Jun ini.

Menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad, rebat 30 peratus dan 10 peratus tersebut (dalam bentuk tambah nilai) boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan LPT2 bermula 15 Julai hingga 14 Oktober ini.

“Pada tarikh-tarikh tersebut, rebat 30 peratus diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles manakala pengguna kad Touch ‘n Go menikmati rebat sebanyak 10 peratus. Ia ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas satu untuk perjalanan melebihi 100 kilometer di LPT2,” katanya.

Comments