Home Tempatan Tol Percuma Di LDP Dan Diskaun Di Lebuhraya Sprint Sempena 31 Ogos

Tol Percuma Di LDP Dan Diskaun Di Lebuhraya Sprint Sempena 31 Ogos

SHARE

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) sekali lagi menyediakan ‘hadiah’ istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini apabila mengumumkan laluan tol percuma kepada semua kelas kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sepanjang hari 31 Ogos ini.

LITRAK melalui kenyataan hari ini berkata tol percuma itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam 31 Ogos ini hingga tengah malam keesokannya.

Selain itu, LITRAK juga mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 20 sen bagi tempoh 24 jam yang sama kepada semua pengguna Lebuhraya SPRINT.

“Langkah ini merupakan inisiatif untuk berkongsi kegembiraan,” menurut kenyataan itu merujuk kepada sambutan bagi mengenang sejarah kemerdekaan negara ini.

LITRAK adalah pengendali Lebuhraya LDP dan Lebuhraya SPRINT.

Sila klik untuk bacaan lanjut.

Bernama

 

Comments