Home Tempatan TNB bagi amaran abaikan emel palsu

TNB bagi amaran abaikan emel palsu

SHARE

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berwaspada apabila menerima emel yang meminta pelanggan mengemaskini akaun dengan menggunakan nama dan logo agensi itu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan arahan atau menghantar emel kepada pelanggan untuk berbuat demikian dan meminta orang ramai supaya mengabaikannya.

“Kami ingin memaklumkan bahawa emel yang disebarkan untuk mengemaskini akaun seperti di dalam gambar bukanlah daripada pihak Tenaga Nasional Berhad.

“Kami berharap orang ramai mengabaikan serta tidak mengikut arahan di dalam emel palsu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments