Home Tempatan Titah terakhir Tuanku Abdul Halim

Titah terakhir Tuanku Abdul Halim

SHARE

ALOR SETAR 12 Sept. – Jaga adab di media sosial.

Demikian titah terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, seorang raja berjiwa rakyat yang mementingkan keharmonian rakyatnya.

Almarhum bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini pada 14 Ogos lepas.

Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Dalam titah itu, Almarhum antaranya menegur sikap segelintir masyarakat yang se­ring berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial, semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.

Almarhum bertitah, perdebatan berhubung isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum-hakam agama di alam maya seringkali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.

Tidak terkecuali, teguran sa­ma turut dititahkan oleh ba­ginda terhadap sebahagian golongan ilmu­wan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah-belah.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments