Home Antarabangsa Tindakan Trump haram dan membawa kemudaratan -PBB

Tindakan Trump haram dan membawa kemudaratan -PBB

SHARE

GENEVA 30 Jan. – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al Hussein menyifatkan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengharamkan kemasukan pelarian dan pendatang Islam ke negara itu sebagai ‘haram’ serta membawa kemudaratan dan kesakitan kepada golongan berkenaan.

Zeid yang jarang sekali berkomunikasi melalui laman sosial Twitternya berkata, diskriminasi atas kewarganegaraan semata-mata adalah sesuatu yang dilarang sama sekali dibawah undang-undang hak asasi manusia.

Menurutnya, sekatan 90 hari yang dikeluarkan Trump tidak menggunakan sumber yang betul untuk memerangi jenayah keganasan.

Terdahulu, Trump mengeluarkan perintah melarang masuk golongan pelarian ke Amerika Syarikat selama 120 hari bermula Jumaat lalu.

Perintah itu menolak kedatangan seluruh pelarian yang berasal daripada negara muslim iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen. -AFP

Utusan Malaysia

Comments