Home Tempatan Tindakan persoal perkara asas Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani, dibanteras

Tindakan persoal perkara asas Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani, dibanteras

SHARE

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) — Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Baginda bertitah, perjanjian yang telah dipersetujui ini telah diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Bernama

Comments