Home Tempatan Timbalan Menteri Agama Saran Mak Nyah Guna Tandas OKU

Timbalan Menteri Agama Saran Mak Nyah Guna Tandas OKU

SHARE

Putrajaya: Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Agama menyarankan agar golongan Mak Nyah menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) sekiranya mereka berasa kurang selesa untuk menggunakan tandas lelaki.

Ini kerana menurut beliau, golongan mak nyah ini berasa takut dicabul oleh kaum lelaki dalam tandas awam kerana mereka mempunyai jiwa perempuan.

“Oleh kerana mereka ini jiwanya perempuan, mereka takut kepada lelaki. Mereka kalau masuk toilet lelaki mereka rasa bahawa mereka mungkin akan dicabul. Jiwa dia perempuan walaupun alat mereka lelaki.”

Timbalan Menteri Agama tersebut mencadangkan agar golongan Mak Nyah untuk menggunakan tandas khusus bagi golongan kurang upaya (OKU) memandangkan hasrat Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid agar golongan Mak Nyah bebas menggunakan tandas wanita mendapat tentangan hebat daripada kaum wanita itu sendiri.

“Tetapi bila masuk ke tempat perempuan pula, perempuan pula rasa takut.”

“Jadi, cuba fahami mereka. Saya berpendirian sama dengan Menteri, malah saya terus bagitahu Menteri bahawa these women are very sensitive.”

Comments