Home Tempatan Tiga diserbu, tukang cuci khalwat dengan lesbian

Tiga diserbu, tukang cuci khalwat dengan lesbian

SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 Mac ― Seorang lelaki ditahan penguatkuasa setelah didapati berkhalwat dengan dua gadis lesbian di sebuah rumah di Jalan Kemajuan di sini semalam.

Tukang cuci warga asing itu, 21 tahun, diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika bersama gadis 18 dan 20 tahun pada jam 12.50 tengah malam, lapor Harian Metro.

“Ketika disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka pasangan lesbian,” kata pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Lelaki berkenaan mendakwa baru mengenali pasangan terbabit dan menumpang tiga hari di rumah tersebut sementara mendapat kerja baru.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) kerana berkhalwat dan kemudian dibebaskan dengan jaminan.

The Malay Mail Online

Comments