Home Tempatan Tiada wang zakat umat Islam di P. Pinang diseleweng

Tiada wang zakat umat Islam di P. Pinang diseleweng

SHARE

PULAU PINANG 10 Mei – Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi jaminan tidak ada wang zakat yang disumbangkan umat Islam di negeri ini diselewengkan ekoran penahanan empat pegawai agensi itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim berkata, penahanan pegawai ZPP oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bagi membantu siasatan yang menjurus kepada penyelewengan peribadi.

“Ahli Lembaga ZPP juga akan mengadakan mesyuarat esok bagi melihat kembali soal pentadbiran dalam agensi itu ekoran penahanan SPRM semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

Comments