Home Tempatan Tiada Subjudice Untuk RUU 355 – Haniff Khatri

Tiada Subjudice Untuk RUU 355 – Haniff Khatri

SHARE

KUALA LUMPUR : Sebenarnya maksud sub judice ini ialah ‘sub’ itu “bawa” ‘judice’ itu “Mahkamah” jadi konsepnya adalah jika kes itu masih dipertikai di mahkamah maka sesetengah kes tersebut tidak dibenarkan atau diizinkan untuk dibicarakan diluar mahkamah atau dikhalayak orang ramai kata Peguambela dan Peguamcara, Haniff Khatri Abdulla.
 
Menurutnya, konsep sub judice dalam fahaman saya, ia tidak akan terpakai dalam isu tindakan Tawfik Ismail kerana mempunyai dua sebab, pertama Tawfik Ismail baru mengemukakan tindakan dan saya difahamkan apa yang diserahkan kepada pihak Parlimen adalah cuma berhubung dengan permulaan tindakan dia dan bukannya perintah yang melarang Parlimen daripada bersidang.
 
“Yang keduanya, Tawfik Ismail mengambil tindakan terhadap Speaker Parlimen, jadi hal keadaan itu Speaker Parlimen, Hadi dan pihak-pihak yang berkenaan adalah pihak-pihak yang mempunyai hak untuk mempertikaikan di Mahkamah. Sehingga adanya perintah yang melarang mereka daripada membuat apa perkara yang mereka nak buat dan jelas dari segi undang-undang maka sub judice  tidak terpakai dalam hal ini,” katanya.
 
Menurutnya, dari segi undang-undang, Parlimen tidak boleh dihalang dengan perintah Mahkamah, kalau Parlimen membuat undang-undang yang salah pun, itu hak Parlimen dan selepas undang-undang diluluskan maka pihak yang berkenaan boleh membuat permohonan di mahkamah untuk pengisytiharan dibawah perkara empat perlembagaan sama ada Parlimen tidak berkuasa untuk meluluskan undang-undang tersebut, ataupun undang-undang tersebut telah melanggar mana-mana peruntukkan perlembagaan.
 
“Jadi bagi saya, Tawfik Ismail bukannya tergolong dalam konsep sub judice untuk menghalang Parlimen daripada berbincang.”
 
Beliau berkata, sebab itulah Speaker Parlimen merupakan satu kerusi yang penting, speaker ini sebenarnya adalah hakim dalam parlimen. Dia patut berlaku adil. Jadi kes-kes Parlimen atau perbincangan dalam Parlimen tidak boleh dibawa ke mahkamah.
 
Beliau berkata, dari segi sub judice saya berpendapat memang Speaker tidak dihalang daripada membenarkan RUU 355 dibentangkan dan juga dibahaskan di Parlimen.

Comments