Home Tempatan Tiada serangan siber di Malaysia setakat ini

Tiada serangan siber di Malaysia setakat ini

SHARE

KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Tiada sebarang insiden signifikan dikesan atau dilaporkan di Malaysia setakat ini susulan serangan siber yang melanda sistem komputer terutama di Eropah.

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN),  ini berdasarkan pemantauan yang dilakukan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4).

“Malaysia juga berpotensi untuk mengalami serangan ini dan kini dalam fasa berjaga-jaga,” kata kenyataan itu.

Ia berkata, agensi-agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dinasihatkan supaya mengambil langkah perlindungan melalui makluman yang diedarkan.

“Pengguna komputer juga dinasihatkan mengemas kini sistem pengoperasian Windows, perisian antivirus, membuat salinan fail-fail penting serta tidak membuka e-mel diragui,” kata kenyataan itu.

Pelbagai sektor dan perkhidmatan kritikal seperti kerajaan, tenaga, pengangkutan, komunikasi, kesihatan dan perbankan dilaporkan dijangkiti serangan itu yang membabitkan negara seperti Ukraine, Rusia, Britain, Sepanyol, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Denmark, Poland, Norway, India dan Australia. – Bernama

Comments