Home Tempatan Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam Taufan Mangkhut di Filipina

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam Taufan Mangkhut di Filipina

SHARE

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina pada Sabtu dan Ahad.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat.

“Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina. Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments