Home Tempatan Tiada pelajar YIK terlibat fahaman militan Daish – Ahmad Yakob

Tiada pelajar YIK terlibat fahaman militan Daish – Ahmad Yakob

SHARE

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengesahkan tiada pelajar pondok di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) terlibat dengan fahaman militan Daish.

Kata beliau, ia dibuat berdasarkan laporan yang diterimanya setakat ini.

Beliau sebaliknya tidak pasti jika pengaruh fahaman Daish ada meresap dalam kalangan pelajar pondok persendirian.

“Setakat ini, insya Allah daripada segi sukatan dan kurikulum yang diajar tidak akan lahir kumpulan Daish. Kalau kita lihat tuntutan Islam tidak akan jadi ekstrem sebenarnya.

“Kita didik akhlak yang baik, insya Allah di bawah YIK tidak akan lahir mereka yang sebagaimana disebut pergi ke Syria. Tak tahulah yang (sekolah pondok) persendirian, tapi di bawah YIK tidak ada,” kata Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah bangunan wakaf Raudhatul Barakah di Kota Bharu hari ini.

Jelasnya, bagi mengekang pengaruh Daish, exco agama negeri Kelantan turut memantau kesemua pelajar pondok persendirian yang melanjutkan pelajaran ke Indonesia dan Thailand.

Comments