Home Tempatan Tiada kompromi isu libatkan kaum dan agama

Tiada kompromi isu libatkan kaum dan agama

SHARE

KUALA LUMPUR 11 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berkompromi apabila melibatkan perkara sensitif seperti isu kaum dan agama.

Najib berkata, oleh itu, berita yang disiarkan dalam apa juga bentuk perlu bersikap adil bukan sahaja dalam laporan tetapi juga bersifat adil kepada rakyat dengan tidak mengulas perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat negara ini.

“Dengan berleluasanya berita palsu yang sengaja diadakan untuk mengelirukan orang ramai siaran berita terutamanya penyiaran tempatan perlu pantas menangani penipuan dengan menampilkan berita sahih,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak pada majlis pelancaran aplikasi Njoi Now di Kompleks Sukan Desa Tasik di sini hari ini.
UTUSAN ONLINE

Comments