Home Tempatan Tiada Gangguan Ke Atas Operasi KWSP

Tiada Gangguan Ke Atas Operasi KWSP

SHARE

Petaling Jaya, Selangor: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan bahawa kejadian kebakaran di cawangan Petaling Jaya sudah dikawal dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Kerosakan adalah terhad kepada bahagian luaran bangunan serta beberapa kenderaan yang diletakkan di sebelah bangunan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, semua sistem KWSP tidak terjejas dan operasi berjalan seperti biasa.

KWSP juga memberi jaminan kepada ahli bahawa maklumat mereka berada dalam keadaan selamat kerana data server berada di lokasi yang selamat disokong oleh proses backup dan pemulihan bertaraf dunia.

Cawangan KWSP Petaling Jaya akan ditutup buat sementara waktu dan ahli boleh melakukan transaksi di mana-mana cawangan lain atau melalui i-Akaun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000.

Laporan awal mengesahkan bahawa bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya yang terbakar semalam telah bermula di tingkat satu bangunan lebih kurang 11.50 pagi dan berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit berikutan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Percikan api yang menyebabkan berlakunya kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini dipercayai bermula daripada kerja penyelenggaraan.

Comments