Home Tempatan Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif – Azira Aziz

Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif – Azira Aziz

SHARE

Putrajaya: Azira Aziz telah menyatakan pendirian beliau yang tidak menyokong usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui pindaan Rang Undang-Undang 355 atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

“Saya sebagai seorang Melayu Islam tidak bersetuju dengan sebarang usul hudud atau pemerkasaan undang-undang Syariah,” tegas Azira.

Beliau bersama Siti Kasim pernah memfailkan semakan kehakiman ke atas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang untuk menghalang usaha pembentangan RUU 355 di Parlimen. Namun, saman ini telah ditolak oleh mahkamah dan tidak dibicarakan langsung.

“Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia. Bagi saya, saya tidak bersetuju dengan pendapat, hanya kerana di dalam Perlembagaan Persekutuan ada Islam is the official religion kamu nak kata kena laksanakan undang-undang Syariah,” ujar Azirah.

Menurut Azira, tidak ada bukti bahawa hukuman 100 kali sebatan, 30 tahun penjara dan denda RM 100,000 itu adalah satu bentuk pencegahan jenayah yang efektif.

“Mana dia contoh, atau judicial precedence yang membuktikan ianya efektif?” beliau bertanya.

Azira Aziz, merupakan salah seorang pengasas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) BEBAS, yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi dengan pandangannya berkenaan pembinaan masjid di Selangor melalui laporan berita yang berjudul AZAN 5X SEHARI, SURAU & MASJID MESTI DAPAT KEBENARAN PENDUDUK – AZIRA AZIZ yang mendapat puluhan ribu share dan lebih 600 komen di Facebook.

Comments