Home Tempatan Tiada Beza Antara Zakir Naik & Militan JI Indonesia – Azrul Mohd...

Tiada Beza Antara Zakir Naik & Militan JI Indonesia – Azrul Mohd Khalib

SHARE

PUTRAJAYA: Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang juga merupakan “Tokoh Maal Hijrah” tahun 2013, mendapat kecaman daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bebas, mengenai ajaran dan pergerakannya di Malaysia.

Aktivis Bebas, Azrul Mohd Khalib mendakwa bahawa Dr Zakir Naik tiada beza dengan Abu Bakar Bashir, iaitu seorang pemimpin spiritual kumpulan militan Jemaah Islamiah di Indonesia.

“Dia (Zakir Naik) hanya memakai sut, bercakap Bahasa Inggeris dan mempunyai video ceramah di YouTube. Dia mempunyai hak untuk menjadi ‘bodoh’ dan kami juga berhak untuk melayan beliau (Zakir Naik) sepertimana yang tergolong dalam kumpulan terpinggir,” katanya lagi.

Menurut kenyataannya dalam akhbar Free Malaysia Today (FMT), ada pihak yang sentiasa menginginkan versi agama seperti yang dipromosikan oleh Zakir Naik.

Buktinya adalah, kumpulan haluan kanan, Perkasa, telah memberikan anugerah kepada Dr. Zakir Naik atas jasa-jasa beliau terhadap Islam. 

“Versi agama yang dibawa oleh Dr Zakir Naik itu hanya memangsakan diri sendiri, melemahkan dan berbentuk xenofobik. Salah satu yang dapat kita lihat adalah ajarannya menyalahkan orang lain apabila ditimpa ujian dan penderitaan, dan bukannya melihat kekurangan diri sendiri,” katanya.

Azrul Khalib yang juga merupakan seorang Pengurus Hubungan Luar di IDEAS berkata, versi agama yang dibawa oleh Dr Zakir Naik itu dipenuhi dengan mesej kebencian, ketaksuban dan prejudis untuk menggerakkan orang ramai bertindak melakukan perkara-perkara yang mereka (Zakir Naik) tidak akan lakukan, dan kemudian menafikan tanggungjawabnya memberi inspirasi untuk tindakan tersebut.

 

Comments