Home Antarabangsa Thailand perkenal pelancongan halal

Thailand perkenal pelancongan halal

SHARE
PENGANTIN wanita (kiri) bergambar kenangan di hotel Al Meroz. - Foto AFP

BANGKOK: Thailand semakin rancak memperkenalkan perkhidmatan mesra Islam bagi menyambut lebih ramai pelancong Islam dan menjual produknya kepada dunia Islam.

Thailand, sudah lama dikenali dunia dengan parti, daerah pelacuran, arak murah dan pantai tropika indah.

Namun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai pelancong dari negara Islam mengunjungi negara itu.

Di hotel lima bintang Al Meroz di wilayah Islam di Bangkok, baru-baru ini, satu majlis perkahwinan diadakan, menyaksikan seorang lelaki membaca al-Quran dan isterinya berpakaian serba putih serta bertudung.

Ia adalah antara berpuluh majlis perkahwinan yang diadakan sejak beberapa bulan lalu di Al Meroz, hotel halal pertama di bandar raya itu.

“Memandangkan ada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, saya rasa ia pasaran amat baik,” kata Pengurus Besar hotel itu, Sanya Saenboon.

Hotel yang dirasmikan tahun lalu, menampilkan ciri Islamik. Ia tidak menjual alkohol, manakala kolam renang dan gimnasium memperuntukkan masa tertentu untuk kegunaan tetamu lelaki dan wanita. – AFP

Berita Harian

 

Comments