Home Tempatan TH ingatkan jemaah waspada dengan pakej, promosi haji

TH ingatkan jemaah waspada dengan pakej, promosi haji

SHARE

KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pakej dan promosi haji, yang tersebar baru-baru ini menerusi laman sosial.

TH dalam satu kenyataan berkata, bagi musim haji tahun ini, pihaknya membenarkan 20 syarikat pelancongan tempatan yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej ibadah itu.

Katanya, TH tidak melantik mana-mana individu untuk menjadi orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan dengan pakej perkhidmatan haji.

“Bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan oleh TH sahaja,” katanya.

TH menegaskan bahawa mana-mana agensi pelancongan atau individu yang menawarkan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Berikut senarai syarikat pelancongan yang menerima lesen daripada TH, boleh didapati dari mana-mana Pejabat Cawangan TH:

1. TH Travels & Services Sdn. Bhd.
2. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd,.
3. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
4. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd.
5. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. C. S. Holidays Sdn. Bhd.
7. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.
8. Felda Travel Sdn. Bhd.
9. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd.
10. Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd.
12. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
13. Platinum Gesture Travel & Tours Sdn. Bhd.
14. Rayhar Travels Sdn. Bhd.
15. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd.
16. TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
17. Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd.
18. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
19. Wira Saujana Travels & Tours Sdn. Bhd.
20. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) kami di 03-6207 1919.

Comments