Home Antarabangsa TERKINI: Ramai dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran

TERKINI: Ramai dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran

SHARE
Sumber Gambar dari Twitter Natalie_Oxford

LONDON: Satu kebakaran besar berlaku di bangunan apartmen setinggi 27 tinggi di barat London pada awal pagi ini, dengan api kelihatan dari tingkat dua hingga tingkat atas bangunan, kata Bomba London, seperti dilaporkan agensi berita Xinhua.

Menara itu yang dibina pada dekad 1970an dan diubah suai beberapa kali, mengandungi 120 kediaman.

Dikhuatiri ramai terperangkap dalam bangunan itu kerana api dipercaya bermula ketika kebanyakan penghuni sedang tidur.

Polis menerima laporan mengenai kebakaran Grenfell Tower di Lancaster West Estate pada jam 1:16 pagi waktu tempatan.

Polis Metropolitan meminta orang ramai mengelak daripada berada di kawasan sekitar menerusi twitter dan berkata usaha-usaha pemindahan mangsa sedang dijalankan.

Ketika ini, 40 jentera dan 200 anggota bomba sedang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian untuk membendung api daripada merebak.

Perkhidmatan Ambulans London juga berkata ia ‘menghantar sejumlah sumber’.

Laporan menyebut setakat ini dua mangsa diberi rawatan kerana terhidu asap yang ada kaitan dengan kebakaran itu. – BERNAMA

Berita Harian

Comments