Home Tempatan Teori songsang jihad Daesh

Teori songsang jihad Daesh

SHARE

IDEOLOGI Daesh berkaitan dengan tauhid dan jihad datangnya daripada gerakan Salafi Jihadi. Secara umumnya, salaf atau salafiyah bermaksud generasi Islam lama.

Namun Salafi Jihadi bukan golongan salaf kerana di sebalik objektif mereka mahu umat Islam kembali kepada al-Quran dan sunah, memurnikan akidah serta menolak bidaah, mereka mempunyai matlamat dakwah untuk menegakkan daulah Islam dengan menggunakan kaedah jihad qital (perang) serta tidak ragu-ragu mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum syariah sepenuhnya.

Mereka mengambil makna secara literal dalam memahami ayat-ayat al-Quran dan sunah. Mereka juga mengamalkan doktrin takfiri terhadap golongan yang dianggap sebagai pengamal syirik, bidaah dan sesat.

Mereka memusnahkan makam-makam nabi dan wali Allah untuk menghapuskan amalan bertawasul dan bertabarruk yang dianggap mencacatkan Tauhid Uluhiyyah.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments