Home Antarabangsa Tentera laut Israel tembak mati penduduk Gaza

Tentera laut Israel tembak mati penduduk Gaza

SHARE
Foto Hiasan

BAITULMAQDIS : Seorang penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza terbunuh hari ini selepas tentera laut Israel menembak sebuah bot nelayan yang dinaiki mangsa bersama dua yang lain, kata jurucakap tentera.

Tentera laut melepaskan tembakan selepas bot berkenaan tidak mengendahkan amaran dan menyimpang dari kawasan perikanan yang dibenarkan di utara Semenanjung Gaza ke arah Israel, kata jurucakap itu.

Salah seorang lelaki di dalam bot itu cedera parah dan kemudian meninggal dunia.

Tetapi kesatuan nelayan Gaza berkata bot itu dijadikan sasaran ketika dalam perjalanan kembali ke Gaza.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments