Home Tempatan Tempoh tunggu tunai haji kurang 13 tahun: Jamil Khir

Tempoh tunggu tunai haji kurang 13 tahun: Jamil Khir

SHARE

BANGI, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Tempoh menunggu untuk menunaikan haji dipendekkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji yang diberikan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan berkata, sebelum ini hanya 27,900 yang dipilih untuk menunaikan haji, selepas ini jumlahnya meningkat kepada  30,200 orang.

“Dengan penambahan kuota haji, tempoh menunggu dikurangkan 13 tahun dan kita bersyukur dengan perkembangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat, hari ini.

Januari lalu, kuota haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak 2013.

Sementara itu mengulas mengenai kadar hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan 2016 yang diumumkan bulan lalu, Jamil Khir berkata,  4.25 peratus yang diberikan kepada 9.1 juta pendepositnya adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam lain.

Katanya, simpanan di Tabung Haji dijamin oleh kerajaan dan pemberian hibah sudah mengambil kira 2.5 peratus bayaran zakat tahun 2016 iaitu sebanyak RM60.3 juta

Comments