Home Tempatan Teguran Pembaca Pula Dihentam Pembaca Malaysiakini

Teguran Pembaca Pula Dihentam Pembaca Malaysiakini

SHARE

Seorang pembaca Utusan Malaysia menegur sikap pembaca Malaysiakini yang suka meninggalkan komen-komen berbaur perkauman dan kebencian dalam ruangan komen artikel bertajuk “Why Nasa scientist Amani chose M’sia over the stars”.

Menurut pembaca Utusan Malaysia itu yang menggunakan nama pena ‘Sila Meninggal’ seperti yang diulas dalam satu ruangan artikel Malaysiakini, golongan-golongan sedemikian jelas menunjukkan mereka mahu menerap kebencian terhadap apa sahaja yang berkait rapat dengan Melayu dan Islam.

“Memang golongan ini tidak menggambarkan pemikiran majoriti rakyat Malaysia tetapi jelas sekali mereka mahu menerap kebencian terhadap apa sahaja berkait rapat dengan Melayu dan Islam.”

‘Sila Meninggal’ juga kesal dengan sikap portal Malaysiakini yang tidak cuba menapis komen-komen berbaur perkauman tersebut.

“Portal bebas seperti Malaysiakini pula dengan mudah ‘cuci tangan’ selepas menyediakan dan tidak menapis platform untuk komen-komen rasis tanpa memerlukan individu tersebut mendedahkan identiti sendiri.”

Teguran yang ikhlas itu malangnya disalahertikan apabila sekali lagi ruangan komen Malaysiakini dipenuhi dengan komen-komen menghentam bukan sahaja terhadap pembaca Utusan Malaysia itu malahan terhadap akhbar tersebut juga.

Seorang pembaca Malaysiakini dengan nama ‘Mechi’ menyifatkan surat khabar Utusan Malaysia sebagai bodoh dan satu entiti yang bergantung kepada dedak, kerajaan dan ‘Dumno’ untuk subsidi.

 

‘RightForAll’ pula seolah-olah memperli ‘Sila Meninggal’ yang tidak menggunakan nama sebenar dalam suratnya namun menyeru pembaca lain untuk menggunakan nama sebenar.

Begitu juga dengan ‘Mahsuri’ yang menulis, “Tapi aku ni betina, hang plak tu apa? Hang diperSilakan meninggal dulu. Sekian, wassalam.”

Manakala ‘Royal Salute 21Y’ mendakwa bahawa Utusan Malaysia tidak pernah bersifat Jantan kerana bersembunyi di belakang Awang tak Selamat (Awang Selamat) untuk mengeluarkan pernyataan kebencian kaum dan agama.

Seorang lagi pembaca dengan nama ‘MA’ pula mendakwa bahawa Awang Selamat merupakan Raja Berita Palsu dan Jawatankuasa Berita Palsu yang bakal ditubuhkan juga SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) patut menahan Awang Selamat.

Sebelum ini, sikap pembaca-pembaca Malaysiakini yang menghentam dan berbaur perkauman terhadap kecemerlangan dan kejayaan saintis berbakat Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan tindakan Malaysiakini yang tidak berbuat apa-apa pernah disentuh dan diulas dalam satu artikel bertajuk “Berita Saintis NASA, Dikutuk Pembaca Malaysiakini”.

Comments