Home Tempatan Tegur Siti Kasim, Mufti Digelar ‘Perak Camel F**ker’

Tegur Siti Kasim, Mufti Digelar ‘Perak Camel F**ker’

SHARE

Kuala Lumpur: Gara-gara menegur Siti Kasim supaya mendalami Islam, Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Harussani bin Haji Zakaria telah menerima pelbagai kata-kata makian yang sarat dengan perkataan lucah dan kesat daripada kalangan para aktivis yang memihak kepada peguam wanita tersebut.

Komen-komen memaki-hamun Mufti Perak yang ditinggalkan di laman Facebook milik Siti Kasim baru-baru ini dipercayai sebagai respon kepada nasihat Mufti Perak agar Siti Kasim mempelajari Islam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Tijah A/P Yok Chopil yang juga dikenali sebagai Han Yok Chopil (akaun fb, Han Yc) menempelak Mufti Perak sebagai mufti ‘sial’ (“Mufti sekarang mufti sial”) dan mengeji wajah Mufti dengan perkataan lucah (“Huru hara pya mufti muka pun muka puki jalang je”).

Beliau yang pernah menandatangani surat bersama 372 penganut agama Kristian kepada Pope Benedict XVI yang antara isi kandungannya mengadu berkenaan kes murtad Lina Joy untuk memeluk Kristian, mendakwa Mufti Perak terlalu mementingkan harta benda (“Jenis harusani tak akan kenal erti retire kerana bagi mereka selagi hiduo selagi itu duit”) sehingga sanggup untuk mempergunakan Islam (“Itu la sudah nya jika agama hilang nilai nya kerana begitu mudah dikudakan umat nya utk kepentingan n membnarkan cara. Kesian sungguu islam”).

Patricia Anne Martinez, pula tergamak menghina tokoh ulama Islam tersebut dengan meletakkan sebuah gambar keldai yang mempunyai kitab-kitab di belakangnya dengan tulisan “A donkey with a load of holy books is still a donkey!”. Beliau kemudian memberitahu Siti Kasim bahawa beliau gagal untuk menjumpai gambar sebegitu dalam versi ‘unta’, (“Couldn’t get one with a camel, Siti Kasim!”)

Clement Chin, seorang tokoh yang aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja merangkap aktivis Himpunan Hijau dan aktivis perhimpunan anti-kerajaan BERSIH mendakwa kebanyakan mufti sedang mengalami penderitaan ‘terlebih dedak’. Beliau mendakwa, “Kebanyakan mufti-mufti ini sedang menderita disebabkan oleh terlebih dedak. Oleh itu setiap kali mereka membuka mulut besar mereka, semua cacing-cacing akan terkeluar daripadanya.” (“Most of these mufti suffers from an overdose of dedak. That is why whenever they open their big mouths, all the worms come out.”)

David Soong, aktivis perhimpunan anti-RUU 355 dan perhimpunan BERSIH tergamak untuk menggelarkan Mufti Perak sebagai ‘Perak Camel Fucker’ (“This is the Perak Camel Fucker we are talking about. Who cares what he has to say about anything?”). Beliau sebelum ini pernah menasihati kawan-kawannya daripada kalangan Muslim Pulau Pinang agar tidak mempedulikan fatwa Mufti Pulau Pinang yang mengharamkan umat Islam untuk menyertai pertandingan ratu cantik, (“Fatwas have no legal force. I advice my Muslim Penang friends to ignore this”).

Comments