Home Antarabangsa Taufan Mangkhut, 58 rakyat Malaysia kandas di Guangzhou, China

Taufan Mangkhut, 58 rakyat Malaysia kandas di Guangzhou, China

SHARE

ALOR SETAR 17 Sept. – Seramai 58 individu yang mengikuti rombongan Persatuan Amal Negeri Kedah ke Guangzhou, China sejak 14 September lalu kini terkandas di negara itu setelah penerbangan pulang ke tanah air yang dijadualkan hari ini, ditunda secara tiba-tiba ke minggu depan.

Ketua rombongan itu, Shukri Mansor berkata, penundaan penerbangan oleh Air Asia itu hanya dimaklumkan kira-kira pukul 4 petang semalam menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan emel kepada kesemua individu berkenaan.

“Kami sepatutnya menaiki penerbangan pulang pada pukul 5.55 pagi Isnin. Namun kira-kira pukul 4 petang tadi (Ahad), masing-masing menerima SMS dan emel dari Air Asia menyatakan penerbangan kami ditunda pada 23 dan 24 September akibat taufan Mangkhut yang melanda China.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments