Home Tempatan Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan

Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan

SHARE

KUALA LUMPUR, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan itu menerangkan.

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

JOHOR: Pontian Kecil
MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)
PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)
PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar (Alor Setar)
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu)
SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat).
– Bernama

Comments