Home Tempatan Tangguh lawatan tidak mustahak

Tangguh lawatan tidak mustahak

SHARE

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan lawatan yang tidak mustahak ke kawasan terjejas akibat Taufan Mangkhut di Hong Kong, Macau dan beberapa wilayah selatan China.

Kementerian Luar Negeri juga menasihatkan mereka yang sedang melawat atau menetap di kawasan terjejas supaya berada di dalam bangunan dan sentiasa peka terhadap laporan perkembangan cuaca serta arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang terdekat, sama ada di Hong Kong atau Guangzhou.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments