Home Tempatan Tangani pihak pesong akidah – Tengku Abdullah

Tangani pihak pesong akidah – Tengku Abdullah

SHARE

KUANTAN 12 Sept. – Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas dan proaktif dalam mengekang cubaan untuk memesongkan kepercayaan serta akidah umat Islam.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, permusuhan dan perpecahan akan berlaku apabila wujudnya ajaran serta fahaman yang boleh menggugat akidah umat Islam khususnya di negeri ini.

“Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103 bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya, kamu menjadi bersaudara,” titah baginda.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments