Home Tempatan Tan Sri Apandi Ali Sediakan Khidmat Guaman Untuk Peserta Perhimpunan 812

Tan Sri Apandi Ali Sediakan Khidmat Guaman Untuk Peserta Perhimpunan 812

SHARE

Kuala Lumpur – Mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, hari ini mengesahkan dengan pihak Menara.my, bahawa beliau dan pejabat peguam beliau, Apandi Ali & Co di PWTC, akan memberikan khidmat bantuan guaman kepada peserta Himpunan 812.

Dalam mesej ringkas yang dihantar, beliau menyatakan dengan komitmen yang jelas bahawa usaha dan tindakan ini merupakan sumbangan beliau kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Bagi tujuan perhubungan, dua nombor telefon berikut disediakan untuk sebarang pertanyaan.

03-40506606
03-40507606

Dijangka ramai lagi peguam akan tampil ke hadapan menyediakan khidmat yang sama kepada peserta Himpunan Aman 812.

Comments