Home Tempatan “Halleluyah! PM Tolak Bentang RUU A355” Bukan Mesej Saya – Tan Hoe...

“Halleluyah! PM Tolak Bentang RUU A355” Bukan Mesej Saya – Tan Hoe Chieow JKMPKA

SHARE

Kuala Lumpur: Sebuah mesej sedang ditularkan dikalangan pengguna Whatsapp menamakan seorang individu yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Ahli Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman Dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan isikandungannya.

Menara.my cuba mendapatkan kepastian mengenai mesej yang ditularkan tersebut yang dikatakan oleh beberapa pihak dikeluarkan oleh Tan Hoe Chieow dari JKMPKA. Mesej berbunyi seperti berikut :

Fwd: … Just got a call from YB Datuk Paul Low , Minister in Prime Ministers Department that our Prime Minister has decided not to table RUU 355 in Parliament, pls continue to pray for our Prime Minister from attacks from the Malay political heartland over his decision and Also Datuk Paul Low n other Christian Cabinet members, they just had the Cabinet Meeting today, Halleluyah n Praise the Lord for hearing and answering our prayers.

Ditanya adakah benar mesej tular yang dikatakan ini adalah daripada pihaknya sebagaimana yang didakwa, beliau menafikannya. Selain itu, beliau turut menegaskan yang beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Walaupun menafikan,  beliau tetap mengalu-alukan objektif mesej tersebut.

“Kalau benar maksud mesej itu, saya amat mengalu-alukan berita baik ini dan berharap situasi sedia ada akan dikekalkan,” katanya.

Beliau telah ditanya adakah pihak Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) atau Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) menentang pemerkasaan Akta 355 beliau menjawab, “Ya, dan kita mahu pastikan serta kita sudah buat kenyataan secara rasmi mengenai RUU 355 kerana kita dapati ia akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Mengenai adakah benar RUU 355 tidak akan dipinda langsung, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat keputusan penuh berkenaan perkara ini.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kesemua menteri kabinet bukan Islam menentang Pindaan RUU 355, Tan Hoe Chieow menyatakan beliau tidak pasti mengenai hal itu.

“Sebenarnya, kita tidak campur tangan dalam urusan agama Islam, bukan perkara itu yang diperjuangkan, perlembagaan ini adalah untuk seluruh Malaysia, contohnya Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membuat pindaan, jelas masa itu mereka katakan ia tidak melibatkan bukan Islam tetapi akibatnya kita terpaksa tanggung hingga hari ini selepas dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, bukan sahaja ada Akta 355 tetapi dibelakangnya terdapat Hudud dan setahu beliau, banyak pihak tidak setuju dengan penambahan hukuman RUU 355, seperti G25, Yayasan Satu Malaysia dan lain-lain lagi.

“Apa yang ditakuti ialah Hudud itu akan berkembang lebih daripada RUU 355, ia akan menyusul pula undang-undang Syariah yang lebih lagi sehingga menafikan hak asasi rakyat bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, sekarang ini mereka mengatakan ianya tidak melibatkan orang bukan Islam, tetapi selepas dipinda, maka, ia akan menjadi lebih besar.

“Sekarang undang-undang Syariah di bawah Bidang Kuasa Negeri tetapi jika sudah dibenarkan untuk dipinda ia akan berlainan,” katanya.

Comments