Home Tempatan Tampar Wanita Tidak Bertudung, Angkara Lelaki Kurang Siuman

Tampar Wanita Tidak Bertudung, Angkara Lelaki Kurang Siuman

SHARE

Insiden terpencil mengenai seorang lelaki yang menolak kepala seorang wanita tidak bertudung secara tiba-tiba dalam video yang tular baru-baru ini rupa-rupanya adalah sebuah insiden yang membabitkan pelaku lelaki kurang siuman menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Insiden itu mendapat perhatian ramai dan menimbulkan rasa tidak senang ramai pihak. Susulan kejadian tersebut, mangsa, seorang wanita warga Indonesia telah membuat laporan polis terhadap lelaki tersebut.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 6 Jan lepas itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Perai sedang menunggu bas bersama kakaknya apabila dihampiri oleh seorang lelaki dalam keadaan tidak terurus.

“Lelaki yang dalam keadaan tiada terurus itu bertanyakan kepada mangsa mahu ke mana dan wanita berkenaan memberitahu dia mahu berjumpa kawan serta berjalan-jalan di bandar. Lelaki itu tiba-tiba marah kepada mangsa kerana tidak memakai tudung dan berkata dia pantang serta tidak suka melihat wanita tidak bertudung atau menutup aurat,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Polis berjaya menahan suspek berusia 30 tahun untuk soal siasat dan pemeriksaan kesihatan.

Insiden tersebut turut mendapat perhatian Datin Paduka Marina Mahathir. Namun malangnya, tokoh liberalis tersebut cuba mengaitkan kejadian terpencil tersebut yang berlaku di utara tanahair sebagai contoh natijah Islamisasi yang sedang berlaku di Malaysia.

Menggunakan kes ini sebagai contoh, Marina Mahathir mendakwa bahawa Islamisasi akan merobek Malaysia dan menjadikan negara ini merosot selain memecah belahkan masyarakat Malaysia.

Akan tetapi, menurut Presiden Pe­rika­­tan Wa­nita Antarabangsa untuk Institusi Keluar­ga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, lelaki dalam video viral tersebut “tidak mewakili majoriti Muslim di Malaysia”.

Comments