Home Tempatan Tamatkan kezaliman rejim apartheid Israel di Palestin

Tamatkan kezaliman rejim apartheid Israel di Palestin

SHARE

SHAH ALAM – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) meminta agar satu kempen antarabangsa dilancarkan terhadap rejim apartheid Israel di Palestin.

Dalam satu kenyataan media, pertubuhan tersebut menyeru masyarakat antarabangsa dan negara-negara bebas untuk melancarkan kempen tersebut.

“PCOM menyeru agar satu kempen antarabangsa terhadap rejim apartheid Israel serta mengambil segala langkah yang perlu untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

“Kami turut memuji bekas ketua Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Barat Asia (ESCWA) Rima Khalaf yang melaporkan perkara ini dan kemudian meletak jawatan sebagai bantahan setelah ia (laporan) ditarik semula,” menurut kenyataan media itu.

Sebelum ini, ESCWA menuduh Israel mengenakan rejim apartheid di Palestin yang turut menjadi pengingatan sebagai salah satu diskriminasi etnik Israel namun laporan tersebut ditarik semula setelah ia mencetuskan kemarahan negara itu.

Dasar tersebut termasuklah melarang pelarian Palestin serta membuang mereka dari pulang ke rumah yang diduduki mereka serta warganegara itu yang menetap di Jerusalem turut didiskriminasi dari segi pendidikan, penjagaan kesihatan, tempat tinggal, hak bangunan, pengusiran dan rumah-rumah dirobohkan.

Selain itu, rakyat Palestin ditadbir oleh ‘undang-undang tentera’ menjadikan mereka tertakluk pada sekatan Israel sedangkan rakyat negara itu ditadbir oleh ‘undang-undang sivil’.

Sinar Online

Comments