Home Antarabangsa Tali barut Taliban bunuh 8 rakan polis

Tali barut Taliban bunuh 8 rakan polis

SHARE

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan: Lapan anggota polis terbunuh di utara Afghanistan semalam, selepas diberi dadah dan ditembak rakan sekerja yang dipercayai tali barut Taliban di sebuah pusat pemeriksaan, kata polis dan pegawai kerajaan.

Jurucakap polis wilayah Faryab, Abdul Karim Yoresh berkata, mangsa membabitkan empat anggota biasa dan empat pegawai dipercayai diberi dadah oleh rakan sekerja yang kemudian melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan dalam daerah Almar.

Menurut Yoresh tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dan penyerang dikatakan melarikan diri ke kawasan Taliban.

Gabenor Daerah, Saleh Saleh mengesahkan lapan anggota polis itu mempunyai kaitan keluarga.

Media tempatan melaporkan suspek penyerang seorang anggota polis dipercayai menyertai kumpulan Taliban setahun yang lalu. – AFP

Berita Harian

Comments