Home Tempatan Tak Tarik Lesen, Kami Demo – PAS

Tak Tarik Lesen, Kami Demo – PAS

SHARE

Putrajaya: PAS sanggup berdemo secara aman dihadapan Kementerian Dalam Negeri jika lesen dan permit penerbitan akhbar vernakular ekstremis Nanyang Siang Pau tidak ditarik balik.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS, Nurul Islam Muhamed Yusoff berkata, di bawah Akta pencetakkan dan mesin cetak 1984, Seksyen 18(1) iaitu kementerian berkuasa penuh untuk menarik semula mana-mana lesen dan permit sekiranya mereka menggangu ketenteraman awam.

“Kita beri amaran kalau menteri masih teragak-agak untuk menarik semula lesen dan permit Nanyang Siang Pau, kita akan berkumpul dihadapan Kementerian Dalam Negeri pula,” katanya.

Menurutnya, ini bukan mengganggu ketenteraman awam sahaja malah menghina Yang DiPertuan Agong, menghina yang DiPertua Dewan Rakyat dan menghina Ahli Parlimen Marang.

Nanyang Siang Pau kelmarin menyiarkan karikatur yang menggambarkan monyet bersongkok dan berserban yang dikatakan menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikaitkan dengan Akta 355 termasuk telah menghina umat Islam dan Undang-undang Islam di Negara.

Comments