Home Tempatan Tak perlu sambut hari kekasih

Tak perlu sambut hari kekasih

SHARE

KUALA TERENGGANU – Remaja Muslim diingatkan supaya tidak menjadikan sambutan hari kekasih atau Valentine’s Day sebagai budaya kerana khuatir ia akan membawa kepada perkara yang akan melanggar syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sebagai Muslim, amalan sambutan itu terutama dalam kalangan pasangan kekasih dilihat tidak wajar diraikan.

“Islam mempunyai tatacara hidup yang baik dan sambutan hari kekasih adalah budaya yang jauh berbeza dengan apa yang sepatutnya kita laksanakan dan amalkan.

“Kita tak perlu berbangga dengan budaya yang lain kerana bimbang ia akan mengancam akidah kita sebagai Muslim seterusnya membawa kepada perkara yang tidak baik dan tidak disukai ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments