Home Tempatan Tak perlu berpakaian pejabat ketika mengundi

Tak perlu berpakaian pejabat ketika mengundi

SHARE
Mohd Hashim Abdullah

PUTRAJAYA 01 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej tular mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


7 Tuntutan Kedaulatan Islam

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya akta tersebut memperuntukkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments