Home Tempatan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: 321 lagi gambar dikemukakan

Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: 321 lagi gambar dikemukakan

SHARE
Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 321 keping lagi gambar tempat kejadian, bedah siasat dan barang kes termasuk pemetik api dan lokasi pemetik api dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 23 individu,  dikemukakan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kesemua gambar berkenaan dirakamkan lima jurufoto daripada Cawangan Fotografi D6, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju antara 14 Sept hingga 26 September tahun lalu, yang menjadikan jumlah keseluruhan gambar yang dikemukakan di mahkamah setakat ini ialah 523 keping.

Kelima-lima jurufoto itu dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan hari keempat kes  dua remaja lelaki yang didakwa  membunuh  23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments