Home Antarabangsa Tahanan Muslim diberi makan daging babi, dibiar berlapar

Tahanan Muslim diberi makan daging babi, dibiar berlapar

SHARE
Anchorage Correctional Complex didakwa memberi tahanan Muslim daging babi dan membiarkan mereka kelaparan.

ALASKA – AMERIKA SYARIKAT. Tahanan Muslim di sebuah penjara di Alaska, Amerika Syarikat dilaporkan diberi makan daging babi dan sengaja dibiar berlapar ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.

Menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), dalam tuntutan saman yang difailkan semalam, tahanan Muslim di Anchorage Correctional Complex diberikan makanan dengan kalori yang lebih rendah berbanding tahanan lain.

Ramadan di Anchorage bermakna 18 jam menahan lapar dan dahaga, dan ketika berbuka puasa tahanan hanya diberi beberapa paket kecil makanan berisi 500 ke 1,000 kalori sedangkan mengikut garis panduan kesihatan persekutuan, mereka sepatutnya mendapat 2,600 hingga 2,800 kalori sehari.

Paket makanan tersebut adakalanya turut mengandungi daging babi,” kata Lena Masri, penguasa litigasi nasional CAIR, dalam satu kenyataan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments