Home Antarabangsa Tahanan etnik Uighur dakwa jadi buruh paksa

Tahanan etnik Uighur dakwa jadi buruh paksa

SHARE

BEIJING 18 Dis. – Ratusan ribu tahanan etnik Islam Uighur yang ditempatkan di kem-kem tahanan Xinjiang mendakwa dijadikan sebagai buruh paksa semasa bekerja di kilang di dalam premis itu.

New York Times melaporkan, kerajaan China menggambarkan tahanan itu sebagai model ‘penyesalan’ yang menerima gaji lumayan sebagai pekerja kilang selepas ditahan beberapa bulan dan murtad.

Parti Komunis China mendakawa etnik Uighur yang ditahan itu diberikan latihan kerja dan pekerjaan untuk kebaikan mereka selain keluar daripada belenggu kemiskinan, kemunduran serta pengaruh radikal Islam.

Bagaimanapun, bukti-bukti menunjukkan wujud sistem buruh paksa dari kem tahanan itu dan perkembangan tersebut dijangka meningkatkan lagi kecaman antarabangsa terhadap usaha Beijing mengawal dan mengindoktrinasikan kira-kira 12 juta etnik Uighur di Xinjiang.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments