Home Tempatan Tabung Haji sumbang RM80,500 sempena Ramadan

Tabung Haji sumbang RM80,500 sempena Ramadan

SHARE
TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani (kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Program Ehsan Tabung Haji (TH) di Dewan Komuniti Bagan Serai, Majlis Daerah Kerian. - Foto ihsan Tabung Haji

BAGAN SERAI : Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program Ehsan TH menyumbang sebanyak RM80,500 untuk diagihkan kepada 161 asnaf di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksektif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani, berkata program berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat TH sempena menyambut Ramadan bagi membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin di seluruh negara.

“Program ini adalah platform terbaik TH mendekati penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat,” katanya selepas menyempurnakan program berkenaan di Dewan Komuniti Bagan Serai, Majlis Daerah Kerian (MDK).

Yang turut hadir Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai, Mohd Saufi Ibrahim. Menerusi program berkenaan, TH mensasarkan sumbangan kepada 1,941 asnaf di seluruh negara.

Selain program itu, turut diadakan Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Yayasan TH yang diadakan di 50 lokasi di seluruh negara sempena Ramadan tahun ini bagi memperlihatkan keprihatinan TH terhadap keperluan masyarakat Islam setempat terutama golongan asnaf.

Berita Harian

Comments