Home Tempatan Tabung Haji senarai 19 syarikat pelancongan tawar pakej haji

Tabung Haji senarai 19 syarikat pelancongan tawar pakej haji

SHARE
AppleMark

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan senarai 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang menawarkan pakej haji bagi tahun ini.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah yang menerima surat tawaran ibadah haji, dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej, disaran untuk memilih perkhidmatan PJH.

“PJH yang disenaraikan ini merupakan agensi yang diluluskan oleh Tabung Haji untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439 Hijrah.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada Tabung Haji adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments