Home Tempatan Tabung Haji lancar Hibah Amanah

Tabung Haji lancar Hibah Amanah

SHARE

KUALA LUMPUR 11 Mei – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘Hibah Amanah’ bagi mengatasi masalah pengurusan wang simpanan yang tidak dituntut, selain memberi peluang kepada penyimpan untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian harta Hibah Amanah daripada akuan simpanan Tabung Haji oleh pendeposit semasa hidupnya kepada penerima adalah berdasarkan konsep sukarela dan kasih sayang tanpa paksaan.

“Produk baharu ini dilihat memberi kelebihan kepada para pendeposit bersifat sejagat kerana tidak mengira bangsa dan agama, selain lebih terancang,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Hibah Amanah, di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

Comments