Home Antarabangsa Syria kena sekatan AS

Syria kena sekatan AS

SHARE
Keputusan itu dibuat beberapa tahun selepas Damsyik bersetuju serah kesemua baki bekalan senjata kimia mereka untuk dimusnahkan di laut. Gambar Sinar Online

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan sekatan baharu ke atas tentera Syria, 18 pegawai kerajaan dan sebuah syarikat teknologi beberapa hari sebelum Presiden Barack Obama menamatkan penggal pemerintahannya.

Kelmarin, Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan memaklumkan, sekatan itu dikenakan sebagai respons terhadap penggunaan senjata kimia oleh tentera kerajaan tanpa menyatakan kes tertentu dan tahun ia berlaku.

Menurut laporan itu, Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan tersebut ke atas 18 pegawai kanan Syria yang didakwa ada kaitan dengan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan penggunaan senjata kimia.

Difahamkan, langkah itu turut melarang rakyat negara itu daripada menjalankan urusan perniagaan dengan kesemua individu terbabit atau entiti selain seluruh aset mereka dibekukan.

Sinar Online

Comments