Home Tempatan Syarikat Penerbangan Tambang Murah bagi jarak jauh, AirAsia X mendapat kebenaran mendarat...

Syarikat Penerbangan Tambang Murah bagi jarak jauh, AirAsia X mendapat kebenaran mendarat di Amerika Syarikat

SHARE
AirAsia planes sit on the tarmac at Kuala Lumpur International Airport, Malaysia August 28, 2016. REUTERS/Edgar Su RTX2NBE0

 

Pada hari Selasa, AirAsia X Bhd, Malaysia (AIRX.KL) telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjadi syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Asia yang mendapat kebenaran dari pihak Amerika Syarikat untuk mengambil dan menurunkan penumpang mengikut jadual di kawasan Amerika Syarikat.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, AirAsia X telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) untuk memasuki ruang udara Amerika Syarikat bagi tujuan mengambil dan menurunkan penumpang. AirAsia X telah mengambil kira untuk membuat penerbangan jarak jauh ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat termasuklah ke Hawaii.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Kamarudin Meranun, beliau berkata, “ Buat masa ini, rangkaian penerbangan tambang murah jarak jauh AirAsia X hanya merangkumi kawasan Asia, Australasia dan Timur Tengah, jadi kami sangat teruja untuk meluaskan rangkaian kami di luar benua Asia Pasifik”.

Pengumuman ini dikeluarkan sehari selepas Syarikat Penerbangan Emirates (EMIRA.UL), syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat penerbangan mereka akan menambah laluan di Amerika Syarikat untuk destinasi penerbangan mereka.

Salah satu kumpulan lobi syarikat Penerbangan Amerika Syarikat mengatakan langkah itu tidak adil kerana syarikat penerbangan bagi Negara Teluk Persia itu mendapat subsidi dari kerajaan sendiri. Syarikat penerbangan Negara Teluk Persia menolak kenyataan yang mengatakan mereka menerima subsidi kerajaan.

Reuters

 

Comments